MEMILIH MALAYSIA SEBAGAI TEMPAT ATAU DESTINASI PELANCONGAN..
SEBAB-SEBAB MEMILIH MALAYSIA SEBAGAI TEMPAT ATAU DESTINASI PELANCONGAN.. |
Malaysia
merupakan sebuah negara yang istimewa. Ramai pelancong memilih negara
kita sebagai destinasi pelancongan. Apakah sebab-sebab rakyat
Malaysia memilih untuk melancong di negara sendiri? Malaysia sebenarnya mempunyai pelbagai
jenis industri pelancongan yang boleh dikomersialkan. Antaranya termasuklah
destinasi pelancongan berasaskan Kebudayaan, Industri Kraftangan, Makanan
Tradisi, Tempat-tempat Menarik, Sukan dan Agrotourism. Klasifikasi ini penting
kerana pelancong mempunyai minat yang berbeza dan memudahkan mereka membuat
pilihan untuk melancong ke tempat-tempat tersebut. Kebiasaannya, tempat
tersebut wujud kerana keunikan identiti dan keistimewaan tersendiri. Contohnya, destinasi pelancongan
berasaskan tempat-tempat menarik seperti Pulau Pangkor, Pulau Tioman, Pulau
Redang dan Taman Negara Bako. Selain itu, destinasi pelancongan berasaskan
Sukan dapat direalisasikan melalui penganjuran Sukan Antarabangsa seperti
Formula 1 di Sepang dan Le Tour De Langkawi yang menjadi acara tahunan di Pulau
Langkawi. Jelaslah sektor
pelancongan yang mempunyai identiti tersendiri dapat menarik minat pelancong.
Antara sebabnya ialah keindahan alam sekitar yang
menarik terdapat di negara ini. Malaysia mempunyai hutan yang
menarik. Tempat-tempat ini boleh menenangkan fikiran kita contohnya,
Taman Negara Endau, Rompin, Gua Niah di Sarawak dan lain-lain. Promosi ini
keunikan dan keindahan alam semula jadi telah diwara-warakan melalui
iklan-iklan di media cetak dan media elektronik termasuklah di laman-laman web.
pameran di tempat-tempat awam seperti
pasar raya, pertandingan-pertandingan dan pesta jualan. Contohnya
pertandingan memancing ‘Joran’ anjuran Berita Harian yang diadakan saban tahun
secara tidak langsung turut mempromosikan tempat-tempat menarik di Malaysia
seperti Pulau Tioman, Tasik Kenyir dan Empangan Temenggor. Ringkasnya,
Promosi destinasi pelancongan yang giat dilakukan dalam usaha
memperkenalkan destinasi menarik di Malaysia merupakan pemangkin Malaysia
menjadi lokasi tarikan utama pelancong kerana tak kenal maka tak cinta.
Pada masa yang sama, kemajuan industri
pelancongan tanah air dibantu oleh wujudnya keunikan budaya di negara kita.
Memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara yang memiliki masyarakat majmuk
maka pelbagai budaya menarik terdapat di sini. Gabungan budaya masyarakat
Melayu, Cina dan India telah berjaya meningkatkan kunjungan pelancong asing ke
Malaysia. Kaum Melayu umpamanya terkenal dengan tarian inang dan zapin manakala
kaum Cina pula terkenal dengan tarian naga. Selain itu, Malaysia juga kaya
dengan pelbagai makanan tradisional yang dapat dinikmati oleh para pelancong.
Masyarakat Melayu misalnya terkenal dengan makanan seperti sate, ketupat dan
rendang manakala kaum India pula terkenal dengan masakan kari, tosei, idali dan
lain-lain. Justeru keunikan budaya masyarakat di Malaysia telah berjaya menjadi
daya tarikan kepada para pelancong untuk berkunjung ke negara kita yang menjadi
faktor serampang dua mata dalam menjana ekonomi negara. .
Malaysia juga mempunyai pantai-pantai yang
menarik. Apabila melancong di pantai, pulau, dan kawasan tanah
tinggi, kita dapat menghilangkan tekanan dan mendapat hiburan. Rakyat
Malaysia yang melancong bersama-sama keluarga boleh mengeratkan hubungan sesama
ahli keluarga. Sebagai contoh Pulau Pinang, Pulau Tioman, Pulau Langkawi,
Port Dickson, Desaru Kota Tinggi, Tanah Tinggi Cameron, Tanah Tinggi Genting
dan lokasi lain yang boleh dijadikan destinasi pelancongan
keluarga. Sebagai contohnya, Malaysia memiliki kawasan rekreasi di
tanah tinggi yang mempunyai suhu sejuk seperti Cameron Highlands dan Genting
Highlands. Di kawasan ini, para pelancong dapat menikmati keindahan alam semula
jadi yang unik di samping melihat pelbagai tanaman hawa sederhana iaitu
sayur-sayuran serta buah-buahan tropika. Malaysia juga mempunyai hutan semula
jadi iaitu hutan hujan Khatulistiwa yang berusia lebih dua juta tahun. Di
kawasan hutan semula jadi ini pelancong dapat menjalankan aktiviti riadah
sambil menikmati keindahannya mahupun menjalankan kajian tentang flora dan
fauna yang terdapat di situ. Justeru, kewujudan kawasan reakrasi seperti ini
menjadi faktor dominan menarik pelancong dari dalam dan dari luar negara.
Malaysia juga popular dengan pusat-pusat
beli-belah yang terkenal. Contohnya, Mega Mall di Kuala Lumpur, Mahkota
Parade di Melaka, The Summit. Alamanda, Mid-Valley dan lain-lain.
Barangan yang dijual di negara kita setanding dengan negara di luar
negara. Selain itu, terdapat juga pelbagai kraftangan yang boleh
dijadikan cenderamata. Pelancong sangat suka barangan kraftangan
Malaysia kerana menarik dan terdapat pelbagai tawaran harga murah oleh pelbagai
pihak. Pada setiap tahun juga, diadakan promosi harga barangan dan jualan
mega. Contohnya seperti yang telah dilakukan oleh ‘First World Hotel’.
Agensi tersebut telah menyediakan pakej yang murah, serendah RM 88.00 untuk
satu malam meliputi penginapan, makan malam, sarapan, makan tengah hari dan
lawatan ke taman tema. Jelasnya, melalui tawaran pakej istimewa tersebut,
sudah pasti pelbagai golongan masyarakat dapat memenuhi hasrat kerajaan
untuk memajukan sektor pelancongan di negara kita. Oleh itu, rakyat
Malaysia tidak perlu melancong luar negara kerana Malaysia mempunyai
segala-galanya.
jika tidak
dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya, jika usaha yang dilakukan amat kurang dan
terbatas, bagaimanakah hasrat untuk melihat sektor pelancongan di negara kita
merentasi benua dan dunia akan menjadi nyata. Segala usaha yang dirancang dan
direncana memerlukan bantuan dan kerjasama daripada semua pihak. Semoga melalui
keprihatinan dan rasa bertanggungjawab serta cinta akan negara , nama Malaysia
akan menjadi sebutan dan pilihan utama seluruh penduduk dunia sebagai destinasi
merehatkan minda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila Tinggalkan Komen Disini.
Terima Kasih ... ^_^