Ahad, 1 November 2015

Cara Lindungi Telefon Pintar

1. Pasang Antivirus Berkesan
Selain malware komputer,malware yang ditujukan kepada telefon pintar juga wujud.Khabarnya , makin banyak dan boleh mengganggu anda.Sebelum Anda menjadi mangsa,pastikan anda memuat turun dan memasang perisian antivirus.Anda boleh memilih sama ada perisian percuma ataupun berbayar.

2.Pastikan Fizikalnya Selamat
Anda tidak patut membiarkan telefon pintar tidak diawas.Jadi, pastikan peranti itu dijaga sama ada dalam beg,dalam poket atau dipegang.Apabila anda menyimpannya, letakkan di tempat yang sukar diakses seperti di poket hadapan terutamanya ketika berada di tempat orang ramai.Selain itu , elakkan daripada terlalu menayang telefon pintar anda kerana ia boleh jadi sasaran peragut.Semasa menggunakan di tempat awam,anda harus beringat kerana kes ragut boleh berlaku semasa anda leka menggunakannya.


3.Elak Rangkaian Tidak Selamat
Sebaik-baiknya elakkan daripada menggunakan rangkaian tanpa wayar[wifi] yang tidak selamat,selalunya ditempat awam.Risikonya bukan saja penjenayah boleh  memantau trafik rangkaian melalui sambungan yang tidak selamat,malah sambungan seperti itu juga tempat dihantar malware.


4.Beringat Ketika App Dipasang
Pastikan Anda beringat apabila memasang app baru ke dalam telefon pintar anda.Kerana terdapat,banyak adware,bloatware,ransomware, dan malware yang bebas juga ditemui dalam playstore. Jadi, Anda dinasihatkan supaya mengkaji dahulu sebelum memasang sebarang aplikasi baharu.Jika aplikasi yang anda pasang itu menjejaskan Phone Anda,Itu Kesilapan Anda Sendiri,Jadi baca dulu ulasan.

5.Hapuskan Data Anda dari Jauh
Langkah yang tidak kurang pentingnya perlu diambil apabila telefon pintar anda hilang atau dicuri.Jadi Anda mungkin mahu menghapuskan semua data dalam telefon itu secepat mungkin.Ini Mungkin Sukar kerana semua data akan hilang



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila Tinggalkan Komen Disini.
Terima Kasih ... ^_^