Isnin, 23 November 2015

Masak Sambal Tumis Udang dan petai

 Sambal Tumis Udang dan petai

Salam Semua kepada yang minat makan petai dan udang ..jom kita masak Sambal Tumis Udang dan petai untuk hidangan kita .


Bahan - bahan diperlukan :

100 g isi petai
300 g Udang basah,tanpa kepala
40 g (1 sudu makan) cili giling
100 g(10 ulas) bawang putih (digiling)
20 g (2 ulas) bawang putih (digiling)
30 g (1 batang ) serai , diketuk
25 g (1 sudu makan) asam jawa,dicampur dengan 1 cawan air untuk membuat asam jus.
25 g (1 sudu ) gula merah
25 g (1 sudu) minyak sayuran
250ml (1 cawan) air garam secukup rasa


Cara Memasak :
1.Udang dibersihkan kemudian ditoskan.
2. Masukkan minyak dalam periuk dan tumiskan cili dan bahan-bahan giling.Setelah garing,masukkan air dan tutup periuk.Apabila keluar minyak,kacau rata,
3.Masukkan asam jus,serai,gula dan garam dan kacau
4.Akhir sekali,masukkan udang dan petai,tutup periuk .Bila Sudah berminyak dan pekat ,bolehla diangkat dan dihidangkan...
masak Sambal Tumis Udang dan petai
 Sambal Tumis Udang dan petai


Senang je kan simple je selamat mencuba....... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila Tinggalkan Komen Disini.
Terima Kasih ... ^_^