Khamis, 4 Februari 2016

Akim Dan Stacy bergelar suami isteri

Pasangan selebriti Akim Ahmad dan Stacy sah bergelar suami isteri selepas selamat dinikahkan jam 10.15 pagi ini di Hotel Shangri La Tanjung Aru, di sini.
Dengan dua kali lafaz, Akim sah menjadi suami kepada Stacy atau nama Islamnya, Ummu Shaikhah Stacy Anam.
Majlis akad nikah itu dikendalikan Imam Qariah merangkap Jurunikah Jabatan Agama Islam Negeri Sabah (JAIS), Matlin Dimin dengan berwalikan abang Stacy iaitu Mohd Adam Hakimi Anam.
Dua bintang Akademi Fantasia (AF) itu bagaikan merpati dua sejoli menggayakan persalinan berwarna putih.

Semoga Bahagia Selalu :D



Sebagai Peminat Sama2 Doakan Agar Mereka Bahagia ..Dan Saya Peminat Akim and The Majistreet Dan Stacy ... Tahniah Kepada Akim Baru Menang Persembahan Terbaik Dan Keseluruhan Dalam Anugerah Juara Lagu Baru - baru Ni .. :D ....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila Tinggalkan Komen Disini.
Terima Kasih ... ^_^