Ahad, 15 November 2015

cara mengawal stress



kita sebagai manusia mesti mempunyai masalah atau stress disini saya akan memberi info punca stress ,pertama sekali stress berlaku apabila kita terancam dari segi emosi kita,perasaan mahupun fizikal seperti kita takut.Stress boleh berlaku kerana mengharapkan sesuatu yang tinggi seperti cita -cita atau impian kita membuatkan kita berasa tertekan .Stress dengan persekitaran membuat kita tidak selesa dan tidak dapat memberi komitmen sewaktu bekerja atau suasana yang kurang menyenangkan seperti orang selalu menyakiti hati kita. Ditempat kerja bebanan yang terlalu tinggi antara faktor tertinggi berlakunya stress ini.Saya Akan Menekan langkah mengatasi stress supaya dapat mengurangkan stress kita seharian .
Stress perlu dikawal supaya kita happy setiap hari
Stress mengurangkan keceriaan pada diri kita





Antara Langkah mengatasi masalah  Stress .

1.Aktiviti Sukan
Aktiviti ini dapat menyihatkan tubuh badan kita dan dapat mengeluarkan peluh ,badan kita akan menjadi sihat serta menyihatkan jantung kita. contohnya berbasikal di tempat rekreasi ,berjogging sepanjang 3km itupun sudah mengurangkan tekanan pada diri kita.
dengan bersukan dapat mengurangkan tekanan
Bersukan Menyihatkan Tubuh Badan


2.Bercuti
Cara ini antara cara yang berkesan kita membawa family kita bercuti contohnya pulau redang atau tempat menarik di malaysia. Melihat pantai yang tersergam indah ditemani dengan angin sepoi bahasa membuatkan kita berasa sedikit seterusnya lautan luas yang berwarna biru membuatkan kita berasa cukup seronok ditemani keluarga kita.
bercuti menangkan minda
Bercuti Cara mengurangkan stress


3.Hobi
Setiap daripada kita mempunyai hobi masing - masing .Oleh dari itu hobi seperti membaca novel atau mengemas rumah adalah cara yang terbaik untuk mengurang keadaan tekanan .ini kerana hobi adalah sesuatu yang kita suka dan kita secara langsung mengisi masa yang senggang , Cara ini adalah faktor penting supaya anda berasa seronok dan happy.
Hobi membuatkan kita berasa happy

4.Mengendalikan Masa
Cara seperti membuatkan kita berdisplin kerana kita akan menjadi pintar seperti membuat jadual seharian hidup kita contoh aktiviti pagi ,petang dan malam dilakukan secara baik .Kita akan nampak seperti orang yang pandai dalam membahagikan masa yang amat bernilai.
masa membuatkan kurang stress jika penggunaan masa dengan betul
Menhargai Masa


5.Merujuk Masalah Kita
cara meluahkan perasaan membuatkan ada tempat untuk bercerita apa telah kita pendam selama ini .Kita akan berasa gembira kerana kita ada tempat menceritakan masalah kita. Bagi saya kita boleh merujuk seperti ibu bapa kerana ibu bapa kerana merekalah paling dekat dengan kita.Mereka akan selalu membirakan semangat kita. Selain itu ,jika kita mempunyai sahabat rapat wajar kita meluahkan kerana sahabat yang kita percaya. 

6 .Dengar Lagu
Bagi saya jika kita suka lagu yang kita minati memungkin masalah dapat dikurangkan kerana genre muzik yang kita minati boleh kita mainkan sewaktu kita dalam keadaan tekanan .
Mendegar muzik kegemaran kita sendiri
mendengar lagu yang kita suka

7.Solat serta Berdoa
Kita mesti melengkapkan diri dengan solat lima waktu sebagai seorang muslim , dan berdoa supaya dapat ditunjukkan jalan agar kita dapat keluar dari segala permasalahan yang kita hadapi selama ini.

8.Makan Buah - Buahan
Makan buah - buahan penting kerana mempunyai pelbagai khasiat penting yang diperlukan didalam badan .Amalkan buah kerana membantu menyihatkan seluruh tubuh badan kita selain vitamin c yang membantu untuk kercerdasan serta kecergasan.
membolehkan cerdas otak untuk mengawal stress
Buahan penuh dengan Vitamin C


Rumusanya Secara menyeluruh disini Sekiranya anda tidak dapat mengawal tekanan maka diatas antara langkah untuk menyelesaikan stress secara berkesan dan efektif.Anda harus mengamalkan perkara diatas membuatkan kita berasa happy dan seronok serta tenang dalam menghadapi segala permasalahan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila Tinggalkan Komen Disini.
Terima Kasih ... ^_^