Sabtu, 28 November 2015

Cerita menutup aurat patut direnungkan oleh muslimah

Cerita Menutup Aurat Patut Direnungkan Oleh Muslimah


Assalamualaikum , Saya telah membaca yang telah share oleh kawan dalam Whatsapp selepas itu sebagai pembaca tidak salah jika berkongsi sesuatu yang baik tentang wanita muslimah ...

Ada Seorang gadis membeli sebuah Iphone 6.
Telefon pintar tersebut telah dilengkapi dengan pelindung skrin dan 'flip cover' yang tak kalah cantiknya. Dia menunjukkan telefon pintar barunya tersebut kepada ayahnya.
Lalu, sebuah perbualan yang cukup menggugah pun bermula:
.
Ayah: Wah, telefon bimbit yang bagus. Berapa harga yang harus kamu bayar untuk itu?
Anak Perempuan: Saya membayar 700 dolar untuk telefon bimbit ini Ayah, 20 dolar untuk penutup telefon beliau, serta 5 dolar untuk pelindung skrinnya.
Ayah: Oh, mengapa kamu menambah pelindung skrin dan penutup telefon ? Bukankah kamu dapat berjimat 25 dolar untuk hal itu?
Anak Perempuan: Ayah, saya telah menghabiskan 700 dolar untuk mendapatkan telefon ini. Jadi apa sebab saya tidak mengeluarkan 25 dolar untuk keselesaannya? Dan lihatlah, penutup ini juga membuat Telefonku nampak lebih indah bukan?
Ayah: Bukankah itu suatu penghinaan bagi syarikat Apple, Inc. Bahawa mereka tidak boleh membuat produk Iphone yang tidak cukup sempurna?
Anak Perempuan: Tidak, Ayah! Mereka bahkan menyarankan kepada penggunanya untuk menggunakan pelindung skrin dan penutup telefon ini untuk keselesaannya. Dan saya tidak mahu berlaku sesuatu yang boleh membahayakan Iphone baru saya.
Ayah: Apakah itu tidak akan mengurangkan kecantikan telefon itu?
Anak Perempuan: Tidak. Itu justeru membuat telefon saya kelihatan lebih cantik.
.
Lalu, sang Ayah menatap puterinya dan tersenyum dengan rasa kasih sayang. Sang ayahpun berkata, "Anak perempuan saya, kamu tahu Ayah sangat menyayangimu. Kau membayar 700 dolar untuk membeli Iphone ini, serta 25 dolar untuk melindunginya.
Aku telah membayar seluruh hidupku untukmu, lalu mengapa kamu tak menutup auratmu dengan hijab untuk keselamatanmu sendiri?
Telefon ini, kelak tidak akan dipersoalkan di akhirat nanti. Namun kelak aku akan disoal oleh Allah SWT tentang awak, anak perempuan saya

Terima kasih telah sudi membaca, share untuk kesedaran Perempuan akan kebaikan sang Ayah dan untuk kebaikan perempuan itu sendiri di dunia dan di akhirat.

Cerita menutup aurat patut direnungkan oleh muslimah
Cerita menutup aurat patut direnungkan oleh muslimah


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila Tinggalkan Komen Disini.
Terima Kasih ... ^_^