Ahad, 22 November 2015

Keju membina tumbesaran kanak-kanak

Keju membina tubuh kanak-kanak

Menurut lagenda atau cerita lama,beberapa ribu tahun lalu dahulu,seorang saudagar telah merentas padang pasir dan membawa bersamanya sekantung susu. Pengembaraan merentas padang pasir yang panas dan kering kontang itu menyebabkan susunya bertukar menjadi dadih.Dari situ kita mendapat keju, Kini pengeluaran keju asli melebihi 6 bilion paun setahun. manakala pengeluaran keju yang diproses melebihi 2.2 billion paun. Di samping itu, terdapat lebih 2000 jenis keju,yang setiap satu mempunyai perasa dan tekstur yang berbeza dan tersendiri. Keju kaya dengan kalsium unuk kanak -kanak membesar dengan kuat dan sihat. Pengambilan kalsium yang secukupnya sangat penting untuk membolehkan kanak-kanak membina tulang dan gigi yang kuat.
Kalsium juga penting untuk beberapa fungsi metabolik. Kekurangan kalsium boleh menjejaskan fungsi-fungsi selular jantung.Sistem saraf dan sistem darah,
 kanak-kanak yang tidak mendapat cukup kalsium boleh menghadapi masalah apabila dewasa,seperti tulang rapuh atau osteoporosis, kolestrol darah tinggi dan tekanan darah tinggi.
Jika tidak kerana saudagar yang berjalan merentas padang pasir beribu -ribu tahun dahulu sudah tentu masa kini dan masa depan tidak dapat menikmati keju,

Antara kelebihan keju :
Sangat kaya dengan kalsium,fosfor,zink,vitamin A,riboflavin dan vitamin B12

Keju membina tumbesaran kanak-kanak
Cheese sangat kaya dengan kalsium

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila Tinggalkan Komen Disini.
Terima Kasih ... ^_^