Selasa, 10 November 2015

tip ubah penampilan diri

Baju Sesuai
perubahan paling dramatik dan terbesar jika seseorang lelaki mahu tampil bergaya. Stail baju yang dikenakan perlu padan dengan tubuh .Ia seharusnya tidak terlalu bersar dan ketat tetapi berpadanan ..

Padanan Ringkas
Jangan mengenakan lebih daripada tiga aksesori atau tiga warna dalam gaya yang sama. Aksesori untuk lelaki termasuklah jam tangan, tali pinggang,topi dan sebagainya.Lebih mudah sederhana.

Tumpuan pada perincian
perincian yang dimaksudkan ialah cara anda memakai tali leher,pemilihan warna dan sebagainya,Pastikan warna kasut dan tali pinggang sepadan,Walau Tampak remeh.sebenarnya ia sangat penting kerana salah padan anda akan kelihatan pelik.

Kasut Sesuai
Adakah anda tahu kasut adalah elemen penting dalam penampilan lelaki kerana kebanyakan wanita menilai lelaki menerusi kasutnya terutamanya dari segi kebersihan.Jadi , Tidak Salah anda melabur sedikit wang bagi mendapatkan kasut yang bergaya dan berkualiti tinggi.

Tanya Pendapat 
Seperti wanita,lelaki juga dinasihatkan tidak membeli belah seorang diri kerana pendapat rakan penting bagi sebarang stail yang hendak digayakan.Tidak salah bertanyakan pendapat dan bandingkan dengan cita rasa anda, Kalau ia sama,itu bonus, Boleh juga minta pendapat daripada jurujual berhubung pemilihan warna .


Baju T dengan Logo
Memakai baju t dengan logo akan menampakkan anda seperti papan iklan bergerak.Jadi elakkan memakai baju dengan logo.Kalau Logonya tidak banyak dan kecil mungkin tidak mengapa namun kalau banyak dan besar,lebih baik anda lupakan sahaja.Ringkas itu lebih tampak bergaya.

Jenama
Perlu diingatkan bahawa jenama bukan mengambarkan kualiti dan stail pakaian yang anda inginkan .Sebenarnya,jenama itu hanya  satu bonus dan bukan untuk bermegah - megah .Kalau kena pada gaya dan padanan warna,percayalah pakaian yang anda beli di pasar malan pun tampak mahal dan bergaya.

Trend 
Terlalu mengikut trend semasa sangat bahaya kerana trend boleh datang dan pergi .Tak semestinya sesuatu trend itu sesuai dengan anda. Kalau hendak mencuba tiada salahnya namun untuk memastikan ia selesa,sesuai dan padan dengan anda,Pendapat orang lain perlu ditanyakan

Bereksperimen
Jangan takut mencuba sesuatu yang baru .Ia adalah satu cara anda mengetahui sama ada gaya itu sesuai dengan anda atau bukan .Mulanya pasti jelik,namun lama kelamaan ,ia pasti terbiasa.

tip penampilan diri ,manarik jom ubah penampilan kita
Jadikan Penampilan Kita Adalah Yang Terbaik


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila Tinggalkan Komen Disini.
Terima Kasih ... ^_^