Rabu, 4 November 2015

8 Cara Tingkat Keyakinan Diri

1. Bina lebih banyak kejayaan
Keyakinan diri datang daripada kejayaan,biarpun kecil.Melalui kejayaan kecil,perlahan-lahan,seseorang itu berasa tambah yakin dari semasa ke semasa.Kejayaan kecil penting kerana ia menyebabkan bermulanya apa yang disebut lingkaran kejayaan.Kejayaan kecil meningkatkan rasa berani mencari kejayaan yang lebih besar yang meningkatkan lagi keyakinan.

2. Lakukan bual diri positif
Gantikan bual diri negatif dengan bual diri positif seperti"aku yakin boleh buat".Lebih  Penting lagi adalah bercakap mengenai diri sendiri dengan cara - cara positif apabila berhadapan dengan orang lain.Jangan Terlalu banyak memikirkan ,meramalkan dan bercakap perkara-perkara buruk. Sekiranya ada fikiran pesimis,lebih baik simpan di dalam hati.Banyakkan bercakap secara optimis.


3.Jangan takut ambil risiko
Kesanggupan mengambil risiko mempunyai perkaitan dengan keyakinan diri.Individu yang berani mengambil risiko yang berpatutan memancarkan sikap yakin pada diri sendiri.Contoh risiko berpatutan seperti mencadangkan idea yang berbeza daripada yang lazim dalam satu mesyuarat.

4.Tambah Ilmu pengetahuan
Tidak ada faktor lain yang lebih penting daripada ilmu pengetahuan bagi menampilkan keyakinan diri.Pengetahuan membolehkan seseorang menyumbangkan pelbagai idea praktikal bagi menyelesaikan masalah.Ilmu pengetahuan bukan datang daripada pendidikan formal sahaja.

5.Belajar Kemahiran Baru
Kemahiran yang kompleks dan sukar memerlukan seseorang itu berani dan yakin dengan diri sendiri, Melalui cara memperoleh kemahiran - kemahiran baru dan dengan menerangkan kepada orang lain,seseorang itu dapat berasa lebih yakin dan dapat memperlihatkan rasa keyakinan itu.

6.Hargai Hasil Kerja Sendiri
Memang Betul,setiap kerja yang dilaksanakan adalah cermin peribadi orang yang menghasilkannya. Itulah sebabnya seseorang itu perlu berasa bangga pada hasil kerjayanya sendiri.
Perasaan bangga itu menyebabkan seseorang itu kelihatan yakin pada dirinya sendiri. Kebanggaan seperti itu terpancar pada wajah dan pada pembawaan dirinya.Itulah sebabnya mereka berasa yakin.

7.Gunakan imaginasi visual positif
Bayangkan dalam kepala perkara-perkara positif akan berlaku dalam menjalankan tugas mencabar akan datang.Sebagai Contoh sebelum menyampaikan laporan kemajuan projek kepada jawatankuasa pemantau,bayangkan situasi itu nanti dalam suasana positif belaka. Ia dapat membantu seseorang nampak yakin pada diri sendiri disebabkan latihan mental itu membantu lebih bersedia.

8.Pakai Fesyen Professional
Periksa semula pakaian dan tingkah laku.Pakai pakaian yang dapat membantu berasa selesa dari segi profesional kerana ia sangat membantu timbul perasaan yakin diri apabila berada dalam situasi professional.
Pakaian dan tingkah laku profesional juga menyebabkan seseorang itu dipandang dan dilayan sebagai profesional juga menyebabkan seseorang itu dipandang dan dilayan sebagai professional oleh orang lain dan menerima layanan positif seperti itu meningkatkan keyakinan penerima.

percaya diri ,yakin diri , diri boleh berjaya



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila Tinggalkan Komen Disini.
Terima Kasih ... ^_^