Memaparkan catatan dengan label Motivasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Motivasi. Papar semua catatan

Isnin, 1 Februari 2016

perempuan bila merajuk

perempuan bila merajuk

salam semua pembaca ,Harini aku nak share tentang perempuan ni bila dah merajuk dengan orang dia sayang (lelaki). Lelaki ni kebiasaan dengan egonya la taknak pujuk .Jom aku nak kongsikan cara memujuk perempuan ni.

1. Cakap Baik2

Bila perempuan tu terasa dengan cara kita ni . Kita cakap baik - baik dengan dia sebab diaorang tengah sedih dengan perbuatan kita seperti memarahinya ,Perempuan ni mudah terasa .Kita cakap je elok2 nanti diaorang baik nanti insyaallah.

2.Bagi Ayat Manis

Ni Penting tau kepada Jejaka diluar Sana :P Bagi je ayat memujuk kat diaorang ,Perempuan ni pegang je Handphone kat tangan diorang .Mesej je dia baca conform ,hehehe :D Korang Bagi ayat yang best2 cari je dekat internet banyak ayat zaman skrg ni ..Nanti dia rasa happy bila korang buat macam tu ..

Isnin, 30 November 2015

Hati yang sedih

Hati yang sedih 

Hai kepada semua pembaca , entri saya ini berkaitan dengan hati kita apabila sedih , hmm entahlah kenapa nak buat post ni mungkin sebab tengah rasa sedih .. bagi aku sendiri banyak faktor yang boleh menyebabkan hati kita ni sedih mungkin kerana kerana kita dikhianati,dimarahi , dikecewakan , banyak pengalaman pahit dan manis yang aku rasa .. hmm  bagi aku sendiri terlalu sakit sangat bila disakiti walaupun kadang - kadang kita terpaksa pendamkan demi kebahagiaan orang yang kita sayang .. selalu memendam ni boleh kita rasa stress sangat .. perlu juga minta luahan kita untuk didengar tetapi diorang bukan nak dengar sangat ...  kalau sesetengah orang yang bencikan kita ni mungkin diorang selalu downkan kita ,,hmm bersabar je lah ,, pedih hati kita diorang tak fikir pun ,, cerita pasal percintaan ni selalu menyakitkan ,, kalau orang tak suka kita kita buat apa pun diorang macam tak hargai pergorbanan kita , mesti rasa penat sangatkan ,,, aku kalau sedih sangat hati jadi lemah tak bermaya , tapi kena juga hadapi hidup ni dengan penuh sabar ,, kena kawal juga kemarahan kita walau orang yang dekat dengan kita selalu anti dengan kita ..  rasa perit diri ini disakiti tapi hanya mampu bersabar ... orang tak tahu hati kita macam mana  kan.. 

Sabtu, 28 November 2015

Cerita menutup aurat patut direnungkan oleh muslimah

Cerita Menutup Aurat Patut Direnungkan Oleh Muslimah


Assalamualaikum , Saya telah membaca yang telah share oleh kawan dalam Whatsapp selepas itu sebagai pembaca tidak salah jika berkongsi sesuatu yang baik tentang wanita muslimah ...

Ada Seorang gadis membeli sebuah Iphone 6.
Telefon pintar tersebut telah dilengkapi dengan pelindung skrin dan 'flip cover' yang tak kalah cantiknya. Dia menunjukkan telefon pintar barunya tersebut kepada ayahnya.
Lalu, sebuah perbualan yang cukup menggugah pun bermula:
.

Rabu, 25 November 2015

Kehidupan Jutawan D'herbs Terlajak Laris didalam Wanita Hari Ini (17/11/2015)

Kehidupan Jutawan D'herbs Terlajak Laris didalam Wanita Hari Ini (17/11/2015)

--Dato tidak pernah memberi gadjet seperti smartphone,tab kepada anak - anaknya.Jadual anaknya penuh dengan masa belajar bahasa cina,india,english,mengaji . Masa lebih yang ada akan diluangkan bersama keluarga. 

--Selain itu anak - anaknya hanya dapat menonton televisyen pada hari sabtu selama 2 jam sahaja.

--Setiap kali makan di rumah akan makan bersama - sama duduk di lantai (bentang tikar),
senang suap menyuap. Meja syarat ada dalam rumah.

--Dato semasa pergi bekerja membawa bekal dan wajib untuk anak - anaknya membawa bekal juga ke sekolah..Isteri masak, pembantu rumah hanya membantu sahaja.. Sebab Dato percaya air tangan seorang ibu sangat bagus untuk anak - anaknya.

Isnin, 23 November 2015

perempuan suka dipujuk

perempuan suka dipujuk

Hai ,pe khabar semua harini saya akan berkongsi kepada kaum lelaki kenapa perempuan suka sangat merajuk berbanding kaum lelaki yang kadang  kadang tinggi egonya .
lelaki perlu pujuk perempuan
kenapa perempuan suka merajuk


antara sebab perempuan merajuk sebabnya:

Meninggikan Suara

  meninggikan suara ,so kita kenelah ambil minta maaf walaupun perempuan memerlukan agak lama supaya dia sejuk. mungkin kalau kita gunakan bahasa yang baik sikit mungkin cepat sikit sejuknya ...kita kene rendahkan sikit ego kita tu..

Selalu Hantar Mesej

Jarang mesej dengan perempuan yang kita sayang ... kita text la dia selalu supaya dia rasa kita selalu ada dengan dia .. so ,, kita la yang kene text dulu sebagai lelaki baru nampak gentleman .. kadang dia nak tengok sejauh mana kita perlukan dia.Ucapan Hai pada waktu pagi pun dah okay dengan Goodnight tu pun kalau sibuk sangat..hehe..

Ahad, 15 November 2015

cara mengawal stress



kita sebagai manusia mesti mempunyai masalah atau stress disini saya akan memberi info punca stress ,pertama sekali stress berlaku apabila kita terancam dari segi emosi kita,perasaan mahupun fizikal seperti kita takut.Stress boleh berlaku kerana mengharapkan sesuatu yang tinggi seperti cita -cita atau impian kita membuatkan kita berasa tertekan .Stress dengan persekitaran membuat kita tidak selesa dan tidak dapat memberi komitmen sewaktu bekerja atau suasana yang kurang menyenangkan seperti orang selalu menyakiti hati kita. Ditempat kerja bebanan yang terlalu tinggi antara faktor tertinggi berlakunya stress ini.Saya Akan Menekan langkah mengatasi stress supaya dapat mengurangkan stress kita seharian .
Stress perlu dikawal supaya kita happy setiap hari
Stress mengurangkan keceriaan pada diri kita

Selasa, 10 November 2015

tip ubah penampilan diri

Baju Sesuai
perubahan paling dramatik dan terbesar jika seseorang lelaki mahu tampil bergaya. Stail baju yang dikenakan perlu padan dengan tubuh .Ia seharusnya tidak terlalu bersar dan ketat tetapi berpadanan ..

Padanan Ringkas
Jangan mengenakan lebih daripada tiga aksesori atau tiga warna dalam gaya yang sama. Aksesori untuk lelaki termasuklah jam tangan, tali pinggang,topi dan sebagainya.Lebih mudah sederhana.

Rabu, 4 November 2015

8 Cara Tingkat Keyakinan Diri

1. Bina lebih banyak kejayaan
Keyakinan diri datang daripada kejayaan,biarpun kecil.Melalui kejayaan kecil,perlahan-lahan,seseorang itu berasa tambah yakin dari semasa ke semasa.Kejayaan kecil penting kerana ia menyebabkan bermulanya apa yang disebut lingkaran kejayaan.Kejayaan kecil meningkatkan rasa berani mencari kejayaan yang lebih besar yang meningkatkan lagi keyakinan.

2. Lakukan bual diri positif
Gantikan bual diri negatif dengan bual diri positif seperti"aku yakin boleh buat".Lebih  Penting lagi adalah bercakap mengenai diri sendiri dengan cara - cara positif apabila berhadapan dengan orang lain.Jangan Terlalu banyak memikirkan ,meramalkan dan bercakap perkara-perkara buruk. Sekiranya ada fikiran pesimis,lebih baik simpan di dalam hati.Banyakkan bercakap secara optimis.