Ahad, 6 Disember 2015

pilih papan kekunci bluetooth

Pilih Papan Kekunci Bluetooth

Assalamualaikum semua , tajuk diatas fakta menarik yang perlu kita ketahui papan kekunci ini yang menyokong untuk laptop ,tablet, dan telefon pintar anda. Tambahan lagi papan kekunci ini dilengkapi dengan teknologi terbaru dan sistem operasinya yang lebih baik . Dibawah ini adalah info tentang peranti terbaru ini :

1 . Sebahagian peranti komputer ini berfungsi tanpa wayar ini menjadikan perkakasan itu lebih mesra mudah alih serta senang untuk dibawa kemana sahaja tanpa perlu wayar yang menghadkan kemudahan .
2. Peranti atau perkakasan Bluetooth masih memerlukan sumber kuasa untuk berfungsi . Disebabkan tiada wayar perkakasan ini perlu dilengkapi bateri sel kering yang boleh dicas kembali atau tidak; termasuk bateri jenis AAA.

3 . Sambungan peranti tanpa wayar biasanya berasaskan teknologi bluetooth . Jadi komputer atau laptop yang tiada fungsi bluetooth dalaman, perlu dilengkapi dongle Bluetooth untuk membina sambungan dengan peranti Bluetooth.

4. Perkakasan Bluetooth boleh menjadi alternatif kepada perkakasan berwayar atau sesetengah terbina . 
5 . Teknologi Bluetooth semakin popular dan terus ditambah baik . Kini sudah ada perkakasan bluetooth yang serasi dengan banyak peranti malah gadjet terbaru dilengkapi dengan sambungan bluetooth.

6.  Sudah ada papan kekunci bluetooth yang serasi dengan peranti - peranti dengan sistem operasi berbeza . anda boleh menukar dengan peranti yang lain , namun masih menggunakan papan kekunci bluetooth yang sama .

secara menyeluruh papan kekunci bluetooth sangat mudah digunakan pada masa kini dan sesuai pada semua gadget .sekian itu saja dari saya , 

papan kekunci  menggunakan Bluetooth
papan kekunci  menggunakan Bluetooth




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila Tinggalkan Komen Disini.
Terima Kasih ... ^_^